PERTIMBANGAN UNTUK TAHUN 2020

PERTIMBANGAN UNTUK 2020

1. MENGENAI PENDAPATAN : Jangan sekali-kali bergantung kepada satu lorong pendapatan. Buat pelaburan atau mulakan perniagaan untuk mewujudkan lorong kedua, ketiga mahupun keempat.  

2. MENGENAI PERBELANJAAN : Jika anda kerap membeli perkara yang anda tidak perlu, kelak anda akan terpaksa menjual sesuatu yang anda perlu.

3. MENGENAI TABUNGAN : Jangan simpan apa yang tinggal selepas perbelanjaan, tetapi berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan. 

4. DALAM MENGAMBIL RISIKO : Jangan sekali-kali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua kaki.

5. JANGKAAN: 
Kejujuran sangat mahal harganya. Jadi jangan mengharapkannya daripada orang yang kuat gebang!


6. Masa lalu adalah kertas buangan, masa ini adalah suratkhabar dan masa depan adalah kertas soalan. Keluarlah dari masa lalu anda, kawal masa kini dan selamatkan masa depan anda. Ingatlah perubahan yang kita buat hari ini mungkin akan mengubah haluan kehidupan kita buat selamanya.

7. Apabila perkara-perkara buruk berlaku dalam hidup anda, anda sebenarnya mempunyai tiga pilihan. Samada anda boleh membiarkan ia menentukan perjalanan kehidupan anda atau membiarkan ia memusnahkan anda atau anda boleh menjadikan ia sebagai motivasi untuk menguatkan diri anda.

8. Mata kita terletak di hadapan kerana itu ia adalah lebih penting untuk melihat ke hadapan daripada memandang ke belakang kepada perkara yang telah berlalu.

9. Kita menggunakan pensil semasa kita muda, tetapi kini kita menggunakan pen. Anda tahu kenapa? Kerana kesilapan di zaman kanak-kanak dengan mudah boleh dipadamkan, tidak seperti sekarang. 


10. Kita tak semestinya menempuh jalan yang ramai orang lalu. Kita boleh buat jalan kita sendiri. Mana tahu di hujung jalan sana ada emas yang menanti. Apa yang penting ialah kita telah meninggalkan jejak!

Semoga mengalami ketenangan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran menjadi milik anda!





#CopyViral/Whatsapp

Comments

Popular posts from this blog

DENDAM & KEBENCIAN ADALAH KESIA-SIAAN

ALLAH MEMANGGIL KITA DENGAN NAMA

SELESAI DENGAN DIRI SENDIRI DI HADAPAN ALLAH