DOA BUAT KESEJAHTERAAN MALAYSIA

Bapa Sorgawi,
Kami bersyukur buat pimpinan dan penyertaanMU buat kami sepanjang waktu.
Kami bisa menghadapi hari-hari kami kerana kekuatan yg ada padaMu diberikan kepada kami melalui Roh Kudus. 

Kami umatMu, kami datang di hadiratMu yang kudus, kerana kami menyedari bahawa kami sangat memerlukan Engkau dalam hidup kami. Tiada yang dapat kami lakukan jika kami di luar Engkau.
Justeru kami menyerahkan baik Tubuh, Jiwa; Roh kami kepadaMu, kerana Engkaulah empunya segalanya dlm hidup kami. 

Saat ini kami sepakat mendoakan utk kesejahteraan Bangsa-Bangsa. Engkau tahu bahawa dunia sedang menghadapi isu Virus Corona yang yg sdg menyebar melintasi banyak negara didunia ini. Ini membuat kami secara manusia merasa risau. Kami serahkan ini dlm tanganMu kerana kami meyakini bhw ada kuasa yg lebih besar yg bisa menghapuskan virus ini, iaitu kuasa yg ada di dalam Nama MU, Yesus Kristus. 

Kami mau sama-sama mengatakan bahawa di dalam Nama YESUS KRISTUS, segala akar virus corona dicabut, dijauhkan dan dihancurkan.. Dalam Nama Yesus Kristus terjadi kesembuhan bagi mereka yg terjangkiti oleh virus ini. Kesembuhan menjadi bagian bg mereka kerana Tuhan adalah tabib agung yg bisa menyembuhkan bg segala penyakit.

Kami berdoa Kuasa Allah yg tiada batasnya menembusi setiap pelosok dlm dunia ini utk melindungi setiap orang. Tiada kesempatan bagi musuh kami utk mengambil ruang dlm situasi ini utk membuat keadaan semakin sukar tetapi oleh Hikmat dr Allah semua dapat menemukan jalan penyelesaian. 

Kami berdoa bg paramedik yg terlibat, setiap yg terlibat dlm perawatan pesakit spy diberi kekuatan, bahkan hikmat spy dpt memberi rawatan terbaik. Tuhanlah yg memberi hikmat dan kemampuan buat Paramedik yang terlibat. Haleluyah! supaya dapat mencari penawar bg virus ini. Semuanya dlm penyertaan Tuhan shj.

Kami mengistiharkan kekuasaan dan kedaulatan Tuhan atas setiap peribadi kami serta keluarga kami. 
Kami percaya dan yakin akan penyertaanMu yg ajaib dan luarbiasa, Kerana Engkau Allah yg sangat baik dan terlalu baik bagi kami semua. Haleluyah. 

Terpujilah Tuhan, Teragunglah Engkau. 
Inilah doa serta permohonan kami, didalam
pengucapan syukur. Dalam Nama Yesus Kristus, Kami berdoa dan ucap syukur. Amen!

Comments

Popular posts from this blog

DENDAM & KEBENCIAN ADALAH KESIA-SIAAN

ALLAH MEMANGGIL KITA DENGAN NAMA

SELESAI DENGAN DIRI SENDIRI DI HADAPAN ALLAH