Posts

Showing posts from 2012

Kembali

Shallom, ( kiranya damai sejahtera Tuhan turun atas kamu ) Setiap yg terjadi pasti ada sebabnya dan yg jelas ia menuntut kt utk bertindak bijsk dn sentiasa berandal dgn kekuatan dr Tuhan.. Memandang terus kpdaNya sambil berharap tanpa jemu dlm doa yg tak putus-putus.. adakalanya kt tewas dlm peperangan rohani, mungkin kerana kt terlebih bersandar pada kekuatan sendiri atau mgkn jg kt tidak pernah mempelajari dan menyelidiki ttg sesuatu keadaan itu. Betapa hebat org yg bertahan hingga kr garis akhir..Pastinya sesuatu yg indah menantinya. Bertekunlah dlm doa dan sentiasa brjaga2.. kerana hari jahat sudah datang. Ya Tuhan. Kembalikanlah kmi kepada kasihMu yg semula.. kami rindu dipulihkan.. kami rindu akan hatiMu.. kami rindu Engkau ya Allah..

Aku Hilang

Sejenak aku kehilangan identiti diri apabila aku menafikan siapa aku dalam hidupku. aku terawang dibalik akal warasku apabila hati dan fikiran tidak lagi dapat mentafsir karakter anehku. aku mengajar hatiku, melandasinya dengan keceriaan, doa-doa, dan berharap agar aku terbimbing untuk menjadi sebaik yang kuingini. sebab aku tahu tidak ada sesiapa yang dapat memahami hatiku selain aku, dia dan Dia. aku berharap dia akan faham, dan ku yakin Dia lebih mengerti. dan kini, aku mahukan aku aku yang selalu ada, ketika Dia memanggil namaku. aku mahu aku yang setia dalam setiap kehendakNya. dan ternyata aku perlukan aku. Ya Tuhan, kembalikan aku pada diriku. rindu akan nya. yang melengkapkan aku dalamMu. sungguh aku hilang tanpa nya.

Yang harus ada

Mengimbas kembali banyak perkara yang terjadi sepanjang masa yang telah berlalu, Ada yang hadir tanpa diduga, ada yang pergi kerana izinNya, Namun semua itu sudah tertulis, Dan tidak mungkin ada seorang pun mampu mengubahnya.. Belum selesai minda mentafsir, gelombang baru kelihatan muncul, Namun adakah itu yang dinanti, ataupun serasakan tidak mahu ianya datang Tapi kiranya semua itu sudah tersurat, Dalam hidupmu ianya perlu ada, maka semua itu harus ada, harus terjadi.. Walau harus menongkah arus, melawan ribut ditengah gelora, Perjalanan harus diteruskan, Harus ditempuh, Harus dilalui, Dan harus seperti itu. Walau terhimpit, berkorban masa dan segala keberadaan, Yang harus dilakukan dan yang harus didahului, seharusnya demikian.. Ajarilah hatiku Ya Allah, Terus beriman, terus bersabar, dan terus nekad di dalam Engkau. Kerna aku lemah, tidak berdaya merempuhi hari-hari tanpa Engkau. Ajarilah aku untuk terus berdiam di dalam Engkau, Agar aku tahu betapa Engkau mencintai kami semua.