YESUS SUMBER PENGHARAPAN YANG TEGUH

Terkait dengan isu global tentang virus ncov19 yang sudah disahkan oleh WHO merupakan sudah berada ditahap Pandemic (menyebar ke serata dunia). Ini membuat sesetengah orang menjadi panik dan mengalami keresahan sepanjang waktu. Sehingganya menganggu gugat aktiviti harian. 

Nah, melihat hal ini sy terpanggil
untuk memberi sedikit sarana agar kita bisa menghadapi isu ini dengan hati yang tenang.

1. MENGUCAP SYUKUR dalam segala hal 
Ucapan syukur bkn sahaja pada waktu senang, dalam waktu sukar seperti ini juga FT menuntut setiap kita untuk mengucap syukur.

Ucapan Syukur mengambarkan kebergantungan kita kepada Tuhan, baik hati  kita dan mahupun seluruh hidup kita. 

Ucapan syukur membawa erti bahawa kita percaya Yesus adalah diatas segala sesuatu dan tiada yang mampu mengalahkanNya. Dia menjadikan kita lebih dari pemenang. Oleh itu, bertindak dan milikilah hati & fikiran seperti seorang pemenang. Kerana kemenangan sudah diberikanNya bagi kita lewat karya agungNya melalui kematianNya diatas kayu salib. Dia bangkit pada hari yang ketiga memberi harapan yang pasti bagi kita semua. Haleluyah!

1 Tesalonika 5:18 Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.

2. BERDIRI TEGUH kerana Tuhan beserta kita (Stand firm) - Yosua 1:9
 
Sebagai orang percaya, Tuhan tidak mengkehendaki kita menjadi orang yang tmudah patah hati, mudah putus asa &  mudah lemah semangat, TETAPI, menjadi orang yang berdiri TEGUH. Maksudnya kita tidak goyah dengan apapun juga, kerana kita tahu bahawa Allah sudah berjanji menyertai kita, dan Allah melakukan itu dlm hidup kita. 

Yosua 1:9 Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab Tuhan, Allahmu, menyertai engkau, ke mana pun engkau pergi.”

3. HADAPI & ISTIHARKAN kemenangan dengan kekuatan Firman Tuhan 

Seperti Daud menghadapi Goliat, Daud tidak berkompromi, kerana dia sangat sedar bahawa Allah yang kita sembah itu adalah Allah yang DASYAT, LUARBIASA & MAHAKUASA.

1 Samuel 17:46 Hari ini juga Tuhan akan menyerahkan engkau ke dalam tanganku dan aku akan mengalahkan engkau dan memenggal kepalamu dari tubuhmu; hari ini juga aku akan memberikan mayatmu dan mayat tentara orang Filistin kepada burung-burung di udara dan kepada binatang-binatang liar, supaya seluruh bumi tahu, bahwa Israel mempunyai Allah,

4. PERCAYA DAN BERSERAH sepenuhnya kepada Tuhan.

Percaya bahawa tiada yg mustahil bagi Tuhan. Percaya bahawa Tuhan bekerja dengan karyaNya tersendiri untuk mendatangkan kebaikan bg semua orang. 
Tuhan memberi pertolongan tepat pada waktunya.

Roma 8:28 Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.

Menyimpulkan semua point diatas, maka seharusnya sedar bahawa sekalipun telah diistiharkan bahawa ncov19 ini sudah di tahap pandemic, namun PENGHARAPAN kita tdk pernah sia-sia dihadapan Tuhan. Dia lebih berkuasa dr segala apapun yg ada di dunia ini termasuk virus ini. Hanya janganlah ucapan syukur itu terluput dr bibir kita dan berdirilah teguh kerana Tuhan beserta kita, Istiharkanlah kemenangan lewat Firman Tuhan & Percaya bahawa Tuhan melakukan jauh dari apa yg dapat kita fikirkan. 

Tuhan Yesus memberkati kita semua. 

Semuanya aman kerana Tuhan beserta kita. 
Ketika hati kita tenang baru kita bisa berdoa dengan benar dihadapan Bapa Sorgawi.
Haleluyah, Amen. 

Comments

Popular posts from this blog

DENDAM & KEBENCIAN ADALAH KESIA-SIAAN

ALLAH MEMANGGIL KITA DENGAN NAMA

SELESAI DENGAN DIRI SENDIRI DI HADAPAN ALLAH