ALLAH MEMANGGIL KITA DENGAN NAMA

Saudaraku, pernahkah suatu detik dalam hidup kita, bahawa kita mempersoalkan keberadaan kita di dunia ini? kita mempersoalkan kenapa kita lahir dalam keluarga ini, bukan keluarga itu. Atau kita mempersoalkan kenapa saya lahir dalam keturunan ini, kenapa saya lahir di tempat ini, kenapa saya lahir di negara ini, kenapa saya hanya memiliki ini... dan banyak persoalan kenapa dalam hidup kita..lalu semakin kita bertanya semakin kita kecewa, seolah-olah tiada nilai yang kita temui dalam hidup kita. Kita menjadi sedih dan stress, kita menjadi tidak percaya bahawa Tuhan itu adalah TUHAN yang ADIL. Kita menyimpulkan bahawa TUHAN TIDAK PEDULI akan hidup kita.
Pernahkah saudara mengalami hal ini dalam hidup?

Nah, jika saudara pernah mengalami, percayalah bahawa saudara tidak sendirian, kerana saya juga pernah mengalami. Hal ini membuat saya berfikir banyak tentang keadilan TUHAN dalam hidup saya secara peribadi. Justeru, hal ini banyak menghambat hati saya untuk mendekat kepada TUHAN. Tetapi saudaraku, TUHAN itu sangat baik dan teramat baik dalam hidup saya dan saudara. TUHAN itu penuh KASIH. Saat saya masih mempersoalkan hal ini, TUHAN mengizinkan saya untuk melewati banyak perkara dalam hidup saya. Disitu saya semakin hari semakin memahami tentang diri saya sendiri dan sehingga itu hal ini tidak lagi memberat didalam hidup saya tetapi menjadi kebanggaan dalam hidup saya kerana saya dikasihi oleh TUHAN.

Nah, saudaraku, didalam ayat FT ini tertulis bahawa TUHAN memanggil kita dengan NAMA kita yang tersendiri. DIA mengakui bahawa setiap kita, baik saya dan saudara adalah milik kepunyaanNYA. Aduh, Saudaraku, TUHAN yang Mahakuasa telah berfirman bahawa kita ini milikNYA dan DIA memanggil kita dengan NAMA kita. Sungguh luarbiasa bukan?.

Yesaya 43:1 Tetapi sekarang, beginilah firman Tuhan 
    yang menciptakan engkau, hai Yakub
    yang membentuk engkau, hai Israel
“Janganlah takut, sebab Aku telah menebus engkau, 
    Aku telah memanggil engkau dengan namamu, 
    engkau ini kepunyaan-Ku. 

Tertulis seperti Firman diatas bahawa TUHAN memanggil dengan nama seperti ini:
Hai Yakub.... Hai Israel,
Hai (nama saudara)...
Hai Hazel (Nama Pendek saya)

dan bukannya seperti ini:
Hoii kamu...
Hoii orang dari Ranau....(atau mana-mana tempat)
Hoii orang dusun ...(atau mana-mana suku)

Tapi FT jelas mengatakan DIA memanggil dengan NAMA. Apa maksudnya Saudara?
Maksudnya TUHAN itu mahu ada hubungan dengan saudara dan saya. Orang yang tiada hubungan dengan kita sungguh mustahil mahu menyebut nama kita dan selanjutnya mengakui siapa kita. Contohnya seperti ini...

Polanya adalah seperti ini:

(Ucapan - Nama - Pengakuan)
Hai Hazel, Sahabat saya.
Hai Hazel, Kazen saya.
Hai Hazel, Murid saya.
Hai Hazel, anak saya.

kalau bahasa kita di Sabah pula begini:-
ini si anu, anak si anu
ini si anu, cucu si anu
ini si anu, murid si anu...bersekolah disana..~

Pengakuan itu sebenarnya menunjukkan RELATIONSHIP /HUBUNGAN.

Nah, hari ini TUHAN memanggil saya dan saudara dengan nama, kerana kita adalah milik kepunyaanNya, kerana itu marilah kita membuka hati dan terimalah diri saudara seadanya, kerana TUHAN SANGAT MENGASIHI SAUDARA & KITA SEMUA.

ADA 4 HAL YANG HARUS KITA FAHAMI TENTANG PERIBADI KITA SENDIRI

1. KENALI DIRI KITA SENDIRI

  • Mengenal diri sendiri terlebih dahulu itu penting, kerana bagaimana kita dapat mengenal DIA yang tidak kelihatan iaitu ALLAH BAPA di Sorga jika yang kelihatan dan paling dekat dengan kita pun kita tidak kenal. 
  • Kenali diri sendiri itu bukan hal yang sukar, contohnya seperti kita membuat resume. Disitu kita tulis segala yang berkaitan diri kita sepadat-padatnya. ( cuma saya tidak pernah nampak ada orang letak Jenis Darah -O, A,B, AB. ) Saudara, tahukah jenis darah saudara? ---selingan sebentar... panjang lebar tulisannya kali ni.. :)
  • Merendahkan hati itu wajar tetapi janganlah merendah-rendahkan diri sendiri seolah kita ini tiada nilai kerana, TUHAN sudah menebus kita dengan darahNYA yang mahal, HIDUP kita menjadi berharga. Hidup kita ada seharga pengorbanan KRISTUS dikayu salib. SANGAT SANGAT BERHARGA. Ingat itu!
2. TERIMA DIRI KITA SEADANYA
  • Jangan pernah membuat perbandingan diri sendiri dengan orang lain, apalagi membandingi diri dengan artis,orang-orang kenamaan...dll, tidak usah saudaraku. Hal itu hanya merugikan. Kerana dimata TUHAN kita semua sama sahaja. Yang menjadi standard kehidupan kita adalah TUHAN YESUS. Ayo, bandingi diri dengan TUHAN YESUS dan ikutilah TELADAN YESUS. Pasti sempurna hidup kita.. Amen. Haleluyah.
  • Terimalah bahawa kita punya kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza diantara satu sama lain. Terimalah itu sebagai bagian dari hidup kita.
  • Apabila kita menerima seadanya siapa diri kita barulah kita dapat melihat secara jelas, dengan hati yang terbuka dan akal yang sihat tentang panggilan Khusus yang TUHAN sudah tetapkan kepada kita.

3. SERAHKAN SELURUH KEBERADAAN DIRI KITA DIHADAPAN TUHAN
  • Kerana kita menyedari  bahawa kita ini adalah KEPUNYAAN TUHAN, maka hidup dan mati, kita adalah milik TUHAN. Seperti tertulis dalam Roma 14:8 Sebab jika kita hidup, kita hidup untuk Tuhan, dan jika kita mati, kita mati untuk Tuhan. Jadi baik hidup atau mati, kita adalah milik Tuhan.
  • Oleh itu serahkan diri kita kepada TUHAN, dan yakinlah bahawa ada jaminan keselamatan bagi kita di dunia kekekalan nanti. Haleluyah!. 

4. MENGERJAKAN PANGGILAN TUHAN DALAM HIDUP KITA.
  • Proses ini memerlukan kita untuk beres di bahagian diri kita terlebih dahulu (Part 1-3 diatas).
  • Jika kita siap, kita akan berghairah melayani TUHAN kerana kita tahu siapa diri kita dan siapa TUHAN yang kita sembah.
  • Temukan panggilan pelayanan itu dalam diri kita sendiri, dan sesudah itu kerjakanlah dengan taat dan setia kepada TUHAN. Supaya pada akhirnya TUHAN akan menjemput kita seperti yang tertulis dalam Matius 25:21 Baik sekali perbuatanmu itu, hai hambaku yang baik dan setia; engkau telah setia dalam perkara kecil, aku akan memberikan kepadamu tanggungjawab dalam perkara besar. Masuklah dan turutlah dalam kebahagiaan tuanmu.


Saudara, marilah terus setia untuk mengenal TUHAN kita. Kiranya Roh Kudus memimpin seluruh hidup kita kepada KEBENARAN yang terkandung dalam KRISTUS YESUS, Tuhan kita. Haleluyah, AMEN.


\HJS



Comments

Popular posts from this blog

DENDAM & KEBENCIAN ADALAH KESIA-SIAAN

SELESAI DENGAN DIRI SENDIRI DI HADAPAN ALLAH