Posts

Showing posts from August, 2009

aku berserah.

Ujilah aku Ya Tuhan, Kerana ku harus kuat demi namaMu. Setia memuliakanMu walaupun berjalan atas pedang.. Kerana Engkau telah mengajarku banyak perkara.. Moga hatiku tegar untuk lalui semuanya ini... ujilah aku ya Tuhan dalam kubeperkara.. agar ku dapat meneguhkan iman ku, bahkan ku kan setia menyembahMu, mahupun dalam gerak lakuku dan hal fikiranku.. ujilah aku ya Tuhan saat ku mengalami kesusahan, kerna ku tahu ku takkan jauh dariMU, biarpun bebanan mengalas diatasku, dan sesungguhnya Engkau tempat sandaran jiwa ku.. selamatkanlah jiwaku dari pandangan penguasa jahat, pulihkanlah imanku agarku lebih memuliakkanMU dalam ku mengenalMU, bahawa Engkau Allah ku Yang Maha tinggi, kerana 'hanya di dalam naungan NamaMu aku tenang.. jadilah sesuai kehendakMU, dan bukan kehendakku.. aku berserah padaMU. Engkau Allahku.