PEJUANG HIDUP YANG BENAR.
Persoalan minda, dimanakah terletaknya kekuatan manusia?
Adakah ianya terletak pada tubuh fizikal, ataukah pada IQnya, ataukah juga pada kekentalkan pada hatinya.
Kekuatan hanya dapat diukur jika ada pembolehubah. Setuju? Pembolehubah mungkin dalam banyak jenis. Ianya boleh jadi situasi/keadaan, boleh jadi karakter manusia, juga boleh jadi ianya adalah masa.
Apakah kita tetap kuat apa bila sewaktu-waktu menghadapi keadaan sukar, atau ketika menghadapi karakter manusia yang sukar ditangani, atau jg menghadapi masa yang seolah-olah kian dekat waktu bagi kita? semuanya ini ada dalam hidup kita sehari-hari.
Menyedari bahawa kekuatan manusia itu adalah potensi diri yang perlu selalu dilatih, mengalami proses dan akhirnya berakar, bertumbuh & berbuah/berhasil.
Kerana itu milikilah pemikiran seperti seorang pejuang hidup yang benar supaya apa pun "pembolehubah" yang dihadapi tetap berhasil kerana seorang pejuang tidak mudah putus asa, tidak patah semangat, tidak memberontak, tidak pesimis tetapi seorang pejuang adalah orang yang kuat hati, tetap berdiri sekalipun menghadapi pelbagai cabaran, seorang yang tenang dan tajam fikirannya serta tidak memperkatakan hal yang negatif tetapi selalu optimis bahawa ada pengharapan menanti di hadapan.
Dimanakah level kekuatanmu saat ini?
Ayo, pejuang hidup yang benar, bangkit & bersinarlah.
Kerana ada RENCANA INDAH yang TUHAN SEDIAKAN bagimu.
Pengharapan yang pasti!
Comments