ALLAH MEMANGGIL KITA DENGAN NAMA
Saudaraku, pernahkah suatu detik dalam hidup kita, bahawa kita mempersoalkan keberadaan kita di dunia ini? kita mempersoalkan kenapa kita lahir dalam keluarga ini, bukan keluarga itu. Atau kita mempersoalkan kenapa saya lahir dalam keturunan ini, kenapa saya lahir di tempat ini, kenapa saya lahir di negara ini, kenapa saya hanya memiliki ini... dan banyak persoalan kenapa dalam hidup kita..lalu semakin kita bertanya semakin kita kecewa, seolah-olah tiada nilai yang kita temui dalam hidup kita. Kita menjadi sedih dan stress, kita menjadi tidak percaya bahawa Tuhan itu adalah TUHAN yang ADIL. Kita menyimpulkan bahawa TUHAN TIDAK PEDULI akan hidup kita. Pernahkah saudara mengalami hal ini dalam hidup? Nah, jika saudara pernah mengalami, percayalah bahawa saudara tidak sendirian, kerana saya juga pernah mengalami. Hal ini membuat saya berfikir banyak tentang keadilan TUHAN dalam hidup saya secara peribadi. Justeru, hal ini banyak menghambat hati saya untuk mendekat kepada TUHAN. T...