Tujuan Hidupku?
Saudara-saudara, sudahkah setiap kita tahu apa tujuan dan maksud hidup kita secara peribadi?
Atau pernahkah kita berfikir bahawa Tuhan punya rencanaNya tersendiri atas hidup kita..?
Tuhan punya maksud dan Tujuan atas hidup kita. Bahkan, yang terbaik telah disediakanNya bagi kita supaya kita menikmati apa yang dikatakan “Anugerah”. Anugerah ini tiada yg dpt beri selain Tuhan.. Sbb hanya Dia yg mampu utk mencipta Anugerah.
Tuhan punya panggilan atas hidup kita semua.. satu yg pasti suatu masa kita akan bersama Dia jika kita setia mempertahankan iman percaya kita kepadaNya smpi akhir hidup kita.
Namun persoalannya, bgmana kita mungkin dapat bertahan jika kita belum menemukan jawapan panggilan Tuhan kpd kita itu apa?
Hari ini, mari mendekat kpdNya, Tuhan berbicara melalui Firman yang tertulis lewat Alkitab.. Bacalah! Tuhan berbicara dlm hati nuranimu melalui Roh Kudus.. Berdoalah!
Tuhan berkata dlm FirmaNya;
Yeremia 29:12 Dan apabila kamu berseru dan datang untuk berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkan kamu;
Yeremia 29:13 apabila kamu mencari Aku, kamu akan menemukan Aku; apabila kamu menanyakan Aku dengan segenap hati,
Kiranya yg mencari menemukanNya. Kerana di dalam Dialah terkandung tujuan hidup kita semua.
Haleluyah!
Comments