Aku Hilang

Sejenak aku kehilangan identiti diri
apabila aku menafikan siapa aku dalam hidupku.
aku terawang dibalik akal warasku apabila hati dan fikiran tidak lagi dapat mentafsir karakter anehku.

aku mengajar hatiku,
melandasinya dengan keceriaan, doa-doa, dan berharap agar aku terbimbing untuk menjadi sebaik yang kuingini.
sebab aku tahu tidak ada sesiapa yang dapat memahami hatiku selain aku, dia dan Dia.
aku berharap dia akan faham, dan ku yakin Dia lebih mengerti.

dan kini,
aku mahukan aku
aku yang selalu ada, ketika Dia memanggil namaku.
aku mahu aku yang setia dalam setiap kehendakNya.
dan ternyata aku perlukan aku.

Ya Tuhan,
kembalikan aku pada diriku.
rindu akannya.
yang melengkapkan aku dalamMu.
sungguh aku hilang tanpanya.




Comments

Popular posts from this blog

MENGHADAPI KONSEKUENSI

SELESAI DENGAN DIRI SENDIRI DI HADAPAN ALLAH

10 Commandments For Financial Freedom and Crisis Survival