a monologue (1)

Hari demi hari ku lalui,
Apapun yang kuhadapi, ternyata ku dapat hadapinya dengan tenang,
Dengan persoalan hidup yang kadang bisa menyesakkan nafas dan jiwaku,
Namun aku dapat hadapinya dengan baik,
Dalam delima kebuntuan mencari jalan, ternyata jalan itu sudah terbuka untukku,
Sehingga kemustahilan itu pun lenyap.

Aku kian bangga punya Allah sepertinya,
Penuh dengan kasih, penuh damai,
JanjiNya tak pernah berubah,
Allah yang mengubah agar aku bisa berubah dan menghasilkan buah yang baik..
Kerana cahayaNya maka kegelapan pun tak pejal dalan diriku,
Kerana kebesaranNya, tiada lagi yang mustahil..
Kerana kekuatanNya, bisa mengalahkan dunia..
Tiada yang yang melebihiNya,

Alam semesta ini milik kepunyaanNya,
Nafas ini bagian daripada anugerahNya,
KaryaNya tak pernah henti dalam hidup manusia..
Agar semua orang tahu untuk mengarahkan diri kearah kebenaranNya.

Segala yang terjadi adalah dimungkinkan olehNya,
Orang buta disembuhkan,
Orang lumpuh dipulihkanNya,
Yang susah hati dihiburkanNya,
Yang lemah dikuatkanNya.

Sungguh, karyaNya terlebih indah dari yang dapat difikirkan oleh manusia. Kerana ianya tak terjangkau sedikit pun oleh akal fikir manusia. Mencuba untuk fahami olah karyaNya yang ajaib, dan bersyukur atas segalanya, itulah kerinduanku disetiap masa.

Semoga aku sentiasa dekat dgnNya.

Amen..

Comments

Popular posts from this blog

MENGHADAPI KONSEKUENSI

SELESAI DENGAN DIRI SENDIRI DI HADAPAN ALLAH

10 Commandments For Financial Freedom and Crisis Survival