Adakah hidup selain sekadar hidup?

Meneliti kehidupan yang telah dilalui sehingga saat ini..
Banyak perkara yang telah berlaku, banyak yang dilalui,
Hal yang besar terjadi,
Ada yang memerlukan penyelesaian,
Ada juga perkara yang harus diraikan..
Dan tidak kurang juga perkara yang perlu dikongsi bersama..
Namun disebalik semua itu, pastinya ada satu hal telah memungkinkan segalanya terjadi..
Dalam ketidaksedaran mahupun dalam sedar..

Hidup..
Satu erti kata yang secara signifikasinya terlalu dekat dengan setiap manusia..
Dan setiap kita punya kebebasan untuk melewati hidup dengan cara tersendiri..
Walau ada pertikaian namun tujuan tetap sama..
Namun masih adakah perkara yang boleh kita lakukan selain sekadar hidup???
Selain segala rutin harian yang ada sekarang...
Dimana hidup sering dikaitkan dengan cita-cita dan kerjaya,rumahtangga, makanan, hiburan, dan segala yang boleh dikaitkan dalam kehidupan harian kita...

Pastinya, ada satu kehidupan yang luarbiasa dari rutin harian hidup kita..
Pastinya, ada sesuatu yang tanpa sedar telah berlaku dalam hidup kita yang menjadikan kita lebih hidup..hidup dan hidup..
Pastinya, ada sesuatu yang lebih berharg dari hidup sekadar hidup kita sekarang..

Masa kini bukan masa untuk mencari apa ertinya hidup..
tetapi masa untuk menikmati dan berkongsi hidup..
Masa untuk menyebarkan kebaikan Dia yang mencipta hidup yang lebih berharga..
Masa untuk membuat kesaksian bahawa Dialah sumber hidup..
Kekal selamanya..

Amen~

Comments

Popular posts from this blog

MENGHADAPI KONSEKUENSI

SELESAI DENGAN DIRI SENDIRI DI HADAPAN ALLAH

10 Commandments For Financial Freedom and Crisis Survival