שלום סלאם בשמו של ישוע .... Damai sejahtera kepada semua pembaca yang membaca artikel pada saat ini..Saat ini hatiku terdetik untuk mengatakan sesuatu tentangNya, lewat kerinduanyang terpendam.. kerana banyak hal yang perlu digarap... Walaupun adakalanya hati tidak dapat menafsir makna di sebalik firmanNya, namun Dia sabar untuk membuatku faham... Sebelum ini ku bentang persoalan seluas alam di hadapanNya.. namun kini semua itu telah terjawab dengan sendirinya,kerana dia menjadi Rabbi bagiku..Rabbi yang Maha Tahu... Dulunya pelbagai simpang dihadapku menghadang setiap langkahku.. Namun kini ku hanya dapati satu jalan lurus yang pasti, dan ku yakini... Aku sangat bersyukur kerana masih dapat merasakan kasih sayangNya padaku..bahkan juga pada seisi keluarga dan teman-temanku.. Ini benar ku rasakan.. Dan ku mohon supaya diri ku tidak lagi jauh dariNya.. Walau apapun terjadi, ... Aku ingin bermazmur bagi namaNya yang kudus.. Bersuka kerana perbuatanNya yang ajaib.. Kita memiliki kemenangan...